Tips Kuruskan Badan Di Bulan Puasa.
Assalamualaikum.. Hai korang π Selamat berpuasa ye semua. Harini sis nak share 8 Tips kuruskan badan di bulan puasa dengan diet sihat 1. Jangan skip sahur Sahur penting untuk bekalkan nutrisi, air dan tenaga untuk amalan berpuasa. Lagi-lagi dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap di Malaysia. 2. Karbo Kompleks Pastikan karbohidrat kompleks menjadi pilihan diet anda semasa bersahur. Kenapa? Karbohidrat kompleks bekalkan sumber tenaga yang lebih perlahan dan lebih mengenyangkan. Contoh sumber: Roti perang, nasi perang atau nasi putih yang ada serat dan rendah GI (glycemic indeks). 3. Target Kalori: dalam 500 kcal Secara purata, target pengambilan kalori untuk hidangan sahur sepatutnya dalam lingkungan 500 kcal. Pastikan ada sumber protein dan karbohidrat berserat. Contoh hidangan: Segenggam nasi, lauk ayam, sayur dan air. Roti perang 2 keping + sapu, tuna ikan dalam sos tomato (awas sos-sos biasa tinggi garam). 1 mangkuk cereal berserat + susu lemak